Rare Jaeger and Co. Bavaria Germany, Vintage 1950s Teacup and Saucer Trio Set Pine Cones and Primroses







Kondisi: Baik tanpa rekahan, the colour design and gild kelihatan seperti baru! Bentuk dan design adalah lain dari yang lain! Tiny marks in porcelain of the plate and on the side of the cup (see images).
Plate: Diameter 7¾ inci.
Tinggi cawan: 2 inci
Lebar cawan: 4 inci.
Piring: Diameter 6 inci.
Origin: Jerman
Marks on Base: PMR Jaeger and Co. Bavaria Germany- 1949 and 1979

Trio set ini bermotifkan pine cone dan bunga primrose. Direka dengan begitu cantik untuk menampakkan ciri-ciri artistik dan mewah. Set ini juga amat sesuai dijadikan hadiah untuk bonda atau yang tersayang. Kami menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk anda. Appreciation kad dan poskad akan diberikan percuma untuk pelanggan Vintage Magic.

Sedikit sejarah mengenai Jaegar dan Co., Bavaria, Jerman.

Komen

Terdapat dua cerita berbeza mengenai permulaan syarikat dan banyak sumber  merujuk pada kenyataan Roentgen yang salah bahawa syarikat pertama wujud antara 1898 dan 1920 sebelum Thomas pergi. Adalah tidak mungkin  tanda pendaftaran bagi ‘J & C’ dimohon dan difailkan di bawah pendaftar ‘Porzellanfabrik Marktredwitz Jaegar & Co. c/o F. Jaegar’ pada 1898. terdapat iklan-iklan pada 1900 yang dengan jelas mengatakan ‘Porzellanfabrik Jaegar & Co’ sahaja. Dalam kedua-dua kes, jelas bahawa nama Thomas pada masa itu sudah tiada dari nama syarikat. Roentgen langsung tidak menghiraukan fakta ini dan memilih untuk berpegang pada pandangan sendiri, termasuk kenyataan salah mengenai segelintir pengedar tambahan (Lihat perenggan komen di bawah).

Porzellanfabrik Jaeger, Thomas & Co. (1872 until 1898)

Syarikat ditubuhkan pada 1872 sebagai syarikat hiasan kecilan tetapi tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan tableware mereka yang tersendiri, set kopi dan teh dan juga cenderamata. Tahun-tahun pertama selepas penubuhan syarikat kelihatan memberansangkan sehingga ke 1897 ‘Jaegar Thomas & Co.’ menerima jenama baru 90 hp enjin wap keluaran Maschinenfabrik, eisengieberei und Kesselschimiede Heinrich Rockstroh yang juga terletak di Marktredwitz. Setelah beberapa pertikaian antara Jaegar mengenai siri produk dan dana projek, Fritz Thomas mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat. Setelah berbincang secara mendalam dengan Ens yang bakal menjadi rakan kongsi, Thomas akhirnya keluar dari syarikat pasa 1898, dan menubuhkan Porzellanfabrik  Thomas & Ens.Porzellanfabrik Marktredwitz, Jaeger & Co. (1898 until 1979)

Selepas pemergian Thomas, syarikat mengalami pemodenan dan diperluaskan secara perlahan-lahan.  Sehingga 1913, 400 pekerja diambil. Dari tahun ke tahun, syarikat berkembang. Pada tahun 1930, Fritz Jaegar mengambil 500 orang pekerja termasuk mereka yang bekerja dalam dan mempunyai studio dekorasi di Bandar Munchen (Munich). Pada waktu itu sehingga ke tahun 1945, syarikat mempunyai kontrak perniagaan dengan syarikat Amerika seperti Geo. H. Bowman Co. dari Cleveland, Ohio, dan membekalkan secara terus kepada studio dekorasi Amerika seperti studio Caine dari Akron, Ohio.  Berikutan perang, perniagaan Jaegar difokuskan pada pasaran Jerman, cuba untuk mendapatkan semula saham yang hilang pada tahun sebelum perang bermula. 

Jaeger Porzellan G.m.b.H. (1979 until 1986)

Tahun 1979 menyaksikan syarikat dan asset-aset dijual kepada syarikat Sebring daripada Bandar Bari, Italy yang mana syarikat itu adalah sebahagian dari kumpulan Tognana.  Spekulasi mungkin timbul berikutan pembelian syarikat ketika syarikat hamper ditutup, dan pada 1986, syarikat akhirnya ditutup.  

Komen mengenai tanda/ backstamp

Satu daripada banyak nama yang didaftarkan di bawah Jaegar adalah nama dagang ‘OVID’ dan juga ‘DIAMANT’ yang banyak digunakan di hotel dan restoran, didaftarkan sebagai nama dagang yang berdiri dengan sendirinya. Barangan Jaeger termasuk tambahan nama dagang ‘ G.H.B.CO’,  Roentgen asyik menyatakan bahawa tanda ini digunakan pada produk yang dihasilkan untuk George Borgfeldt dari New York, terus membuat kesimpulan dan tidak menghiraukan fakta. Melihat nama penuh George M. Borgfeldt, seseorang boleh mengenalpasti bahawa beliau mempunyai nama tengah ‘M’ bukan ‘H’. Nama tengah beliau tiada kaitan dengan nama syarikat. ‘G.B.H.Co.’ sebenarnya adalah George H. Bowman Co. dari Cleveland, Ohio. 

Antara backstamp keluaran syarikat



Sumber: porcelainmarksandmore





0 comments:

Post a Comment