6 Vintage 1940s Porcelain Scatter Trays with Serving Plate, Floral Butterflies and Cream with Gold gilded accents






Kondisi: Baik tanpa rekahan. Kelihatan seperti tidak pernah digunakan. The design and gild work amat sukar ditemui! Ini adalah set lengkap untuk menjamu tetamu anda dengan hidangan petang/ ringan seperti kek, sandwich, biskut, dan macam-macam lagi!
Scatter Tray: Diameter 4 inci
Pinggan utama: Diameter 11 inci, tinggi 1 inci.
Origin: Jerman
Marks on Base: Winterling, Roslau, Bavaria- Stamp digunakan oleh syarikat berkenaan sekitar 1945 dan 1950.

Set ini bermotifkan bunga dan rama-rama. Pinggan utama dan 6 scatter tray kelihatan dijaga dengan sangat baik walaupun umurnya menjangkaui 70 tahun. Warna keemasan pula menampakan citarasa mewah, elegen, dan vintage. Set ini juga amat sesuai dijadikan hadiah untuk bonda atau yang tersayang. Kami menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk anda. Appreciation kad dan poskad akan diberikan percuma untuk pelanggan Vintage Magic.

Sedikit sejarah mengenai Winterling Roslau, Bavaria yang dipetik dari laman sesawang porcelainmarksandmore yang memfokuskan porselin antik buatan Jerman.

Gebrüder Winterling O.H.G. (1907 until 1950)

Adik beradik (lelaki) Winterling berasal dari keluarga yang sama dengan Heinrich Winterling yang mempunyai kilang porselin sejak tahun 1903 di Marktleuthen (Bavaria) yang dikenali sebagai Heinrich Winterling G.m.b.H. & Co. K.G. Sejarah syarikat bermula di Roslau yang terletak di tengah-tengah ‘Fichtelgebirge’ di Upper Franconia dalam kawasan Bavaria dimana tujuh orang adik beradik Winterling menubuhkan ‘Gebruder Winterling O.H.G’ pada tahun 1907 dengan kemudahan baru untuk pengeluaran porselin. Perniagaan berjalan lancer dari awal, kemudahan ditingkatkan dan diluaskan dari masa ke semasa. Pada tahun 1917, syarikat mengambil alih Porzellanfabrik Oscar Schaller & Co. di Schwarzenbach (Bavaria). Keuntungan adalah positif jadi mereka membeli dan menukar syarikat tekstil di Kirchenlamitz (Bavaria) pada 1920 dan mengambil alih syarikat Porzellanfabrik Eduard Haberlander di Windischeschenbach (Upper Franconia, Bavaria) pada tahun 1929. Peluasan syarikat induk ini diletakkan di bawah nama ‘Oscar Schaller & Co. Nachfolger’.

Porzellanfabrik Gebrüder Winterling A.G. (1950 until 2000)

Pada tahun 1950, syarikat mencapai satus korporasi dan mengeluarkan saham, dimana pemegang saham utama ialah keluarga Winterling sendiri. Anak-anak syarikat ditukar nama kepada ‘Gebruder Winterling A.G.’ dan tanda/ logo/ backstamp yang digunakan sehingga ke waktu itu ditukar. Pada tahun 1954, mereka membuka satu lagi kemudahan baru di Bruchmuhlbach yang terletak di Rhineland-Palatinate.  Disini, syarikat mengeluarkan tembikar sehingga is ditutup pada tahun 1995. Selepas itu, tuah Winterling tidak lagi kelihatan. ‘Winterling Porzellan A.G.’  di Kirchenlamitz jatuh bankrup kerana perbalahan keluarga dan kemudahan di Roslau (lebih 500 pekerja) diambang penutupan.  Akhirnya pada November 2000, korporasi secara rasminya diisytihar bankrupt dan diambil alih oleh Triptis Porzellan G.m.b.H. & Co. K.G. di Triptis (Thuringia).

Triptis Porzellan G.m.b.H. & Co. K.G., Werk Röslau (2000 until 2004)

Apabila ‘Triptis Porzellan G.m.b.H. & Co. K.G.’ mengambil alih, keputusan diambil dengan menggunakan kemudahan yang ada untuk pengeluaran ‘Indisch Blau’ porselin dengan tanda/ logo/ backstamp yang baru tetapi masih menggunakan nama Winterling. Tetapi pengurusan Triptis tersilap langkah dengan mengeluarkan lebih dari kemampuan mereka. Dengan masalah kewangan yang serius, syarikat Triptis tidak mampu membayar hutang pada 7 Oktober 2004 dan diisytiharkan bankrup sebulan kemudian. Pada Jun 2005, syarikat Triptis ditubuhkan semula sebagai ‘Neue Porzellanfabrik Triptis G.m.b.H.’ dan meneruskan perniagaan.

Antara backstamp keluaran Winterling dari laman porcelainmarksandmore




2 comments:

  1. Howdy! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be ok. I'm
    absolutely enjoying your blog and look forward to new updates.
    Look at my webpage :: endurance drink

    ReplyDelete
  2. Hello my loved one! I wish to say that this article is amazing, nice written and
    include approximately all significant infos. I would like to peer more posts like this .



    Feel free to surf to my website: kitchen cabinet

    ReplyDelete